Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Sabtu, Oktober 13, 2012

Kerangka Karangan - Laporan Pesta Pantun Peringkat Sekolah

Perhatian:
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.

Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.



Pendahuluan:
  • Tajuk laporan - Laporan Pesta Pantun (Nama Sekolah) 2012 - Nyatakan tarikh, tempat dan bilangan peserta yang mengambil bahagian - wakil dari kelas-kelas - Anjuran - Persatuan Bahasa Malaysia

Isi-isi:
  • Tujuan pesta pantun dianjurkan - memilih peserta untuk membentuk pasukan pantun - mewakili sekolah ke Temasya Pantun Peringkat Daerah - peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan (3 pelajar setiap kumpulan) - pertandingan diadakan dalam 3 pusingan: peringkat awal, separuh akhir dan akhir.
  • Huraikan persiapan bagi memastikan pesta pantun berjalan dengan lancar - beberapa kelas diubah suai menjadi bilik pertandingan - beberapa guru bahasa menjadi juri - beberapa pelajar terlibat menjadi pengerusi pertandingan, jurupantun dan penjaga masa
  • Pendaftaran peserta dan kehadiran para pelajar yang menyokong wakil kelas - Taklimat ringkas oleh ketua hakim kepada peserta - Pesta bermula - berjalan lancar - persaingan hebat antara peserta
  • Majlis berhenti rehat - peringkat separuh akhir dan akhir dijalankan pada sebelah petang - peserta-peserta yang layak berehat sebentar dan membuat persiapan untuk ke pusingan seterusnya - Pertandingan akhir - amat sengit - nyatakan kelas/peserta yang diumumkan sebagai juara
  • Majlis penyampaian hadiah dilangsungkan - salah seorang peserta dinobatkan sebagai pemantun terbaik - hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengetua

Penutup:
Laporan disediakan oleh, tandatangan, nama, tarikh dan jawatan ditulis.


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.