Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Julai 04, 2017

PT3 Geografi 2017 - Peta Lakar

Assalamu'alaikum.
Salam Sejahtera.

Rasanya belum terlambat untuk kami di Fun Crayons mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pelajar-pelajar yang beragama Islam. Bagi calon-calon PT3 2017, kami harap, sesudah cuti panjang, kalian bersedia untuk memulakan tugasan Geografi.

Insya-Allah, kami akan mula memuat naik bahan-bahan yang relevan untuk Tugasan Geografi 2017 - Peta Lakar secepat mungkin. Jangan lupa 'bookmark' entri ini.

Soalan:
Calon dikehendaki menjalankan kajian dan menghasilkan peta lakar di kawasan tempat tinggal atau sekolah.

Apa itu peta lakar?
  • dilukis berdasarkan peta topografi
  • mempunyai ciri-ciri geografi yang berkaitan

 Kajian perlu meliputi aspek-aspek yang berikut:
  1. Latar belakang kawasan kajian (ciri fizikal dan budaya)
  2. Melukis dan mentafsir peta lakar di kawasan kajian
  3. Melorek kawasan yang berpotensi dimajukan seterusnya mengolah mengenai potensi berkenaan.
  4. Kenal pasti halangan untuk memajukan kawasan tersebut dan huraikan
  5. Cadangkan usaha atau langkah yang boleh diambil bagi mengatasi halangan yang telah dikenal pasti
  6. Pembentangan laporan hasil kajian





TUGASAN GEOGRAFI 2017
Peta Lakar di Kawasan Tempat Tinggal atau di Sekitar Sekolah

1. PERANCANGAN (10 markah) Klik di sini.


2. PROSES AWAL (20 markah)
Merupakan proses mengumpul maklumat kajian. Calon perlu mengumpul maklumat dan data yang berkaitan.



3. PROSES AKHIR (70 markah)

Tajuk
Peta Lakar di Kawasan Kajian yang Dipilih - (Kawasan Tempat Tinggal atau di Sekitar Sekolah)

Senarai Kandungan

Penghargaan 

Objektif Kajian
  
Kaedah Kajian

Hasil kajian 
Cara Melukis Peta Lakar
Cara Melukis Peta Lakar Menggunakan Google Maps
Mentafsir Peta Lakar


SELAMAT MEMBUAT TUGASAN!

3 ulasan:

  1. terima kasih sangat sebab sudi membantu saya

    BalasPadam
  2. terima kasih sebab sudi menolong saya

    BalasPadam
  3. terima kasih sebab sudi menolong saya

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email