Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Januari 10, 2017

Kerangka Karangan Peribahasa - Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

Contoh Soalan:
Peribahasa "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" kerap digunakan untuk memberi motivasi agar kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Tulis sebuah karangan tentang peribahasa ini.


Pendahuluan:

  • hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih - maksud - jika ada kemahuan, pasti kita berusaha mencari jalan untuk mencapai sesuatu perkara - sebaliknya - tiada kemahuan/malas berusaha - memberi banyak dalih - tidak akan berjaya


Isi-isi:

  • Jika ingin berjaya, perlu rajin berusaha - murid/pelajar yang ingin berjaya dalam pelajaran - harus mempunyai sikap gigih berusaha - tidak semata-mata berharap sepenuhnya pada pengajaran guru di dalam kelas - usaha membuat kumpulan perbincangan - rajin buat ulang kaji dan latih tubi
  • perlu dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari - contohnya golongan yang kurang berkemampuan - tidak berputus asa - sentiasa mencari jalan untuk mengecapi kehidupan yang lebih senang/baik - berusaha mengubah taraf hidup - sikap ingin berjaya - membantu mereka mengubah kehidupan tanpa perlu meminta ihsan daripada orang lain
  • Dalam situasi lain - sebagai anak - sentiasa cuba berusaha membahagiakan ibu bapa - peruntukkan masa untuk bersama mereka - membantu mereka dalam melakukan kerja rumah - jaga mereka dengan dengan baik dan balas jasa mereka - jangan guna alasan sibuk atau tidak cukup masa
  • Sebagai seorang yang ingin berjaya - pepatah ini sesuai untuk dijadikan perangsang/motivasi - contoh - jika ingin berjaya sebagai seorang usahawan dalam bidang perniagaan - perlu berusaha tanpa mengenal putus asa, berkorban masa, wang dan tenaga - hadap segala rintangan dan cabaran dengan positif - pasti kelak akan berjaya


Penutup:
Pepatah ini banyak memberi pengajaran dan nasihat - patut diserapkan ke dalam kehidupan seharian - dijadikan pedoman - sekiranya individu mengamalkan konsep pepatah ini - kejayaan bakal berada dalam genggaman


Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email