Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Januari 10, 2017

Jawapan Latihan Imbuhan Pinjaman (Bahasa Malaysia - Tahun 5)

Latihan 1
Baca ayat-ayat di bawah. Gariskan perkataan berimbuhan pinjaman.
  1. Encik Mazlan merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam perniagaan yang diceburinya sejak lima tahun lepas.
  2. Hartawan itu seorang yang merendah diri dan beliau amat disenangi oleh jiran-jirannya.
  3. Datuk Siti Nurhaliza merupakan seniwati yang disegani ramai.
  4. Banyak wartawan asing hadir pada majlis tersebut.
  5. Abang Syafiq merupakan seorang jurutera lulusan luar negara yang berwibawa.
  6. Jamilah merupakan seorang peragawati yang terkenal
  7. Nabila belajar membaca sejak di kelas prasekolah lagi.
  8. Kami akan belajar tatabahasa pada setiap hari Selasa.
  9. "Cuba jauhi prasangka buruk terhadap kawan-kawan kamu," pesan Cikgu Marina.
  10. Buku yang tebal biasanya didahului dengan prakata.


Latihan 2
Baca petikan di bawah. Kemudian, salin semula ayat-ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan pinjaman. 

          Farish dan ibunya berjalan kaki untuk pergi ke poliklinik. Farish hendak mendapatkan rawatan doktor. Adik Farish, Fariza yang baru pulang dari kelas prasekolah turut mengikut mereka.
          Terdapat ramai orang di poliklinik itu. Farish mengambil nombor giliran. Sementara menunggu giliran, Farish membaca senaskhah majalah. Dia membaca rencana mengenai seorang hartawan yang terkenal. Beliau seorang dermawan yang banyak membantu golongan miskin. Isterinya pula seorang karyawan berbakat yang gemar menghasilkan lukisan abstrak. Ramai jutawan telah membeli hasil karya seninya yang cantik.
          Tidak lama kemudian, jururawat di kaunter memanggil nama Farish. Farish pun masuk ke dalam bilik rawatan. Farish menjaga tatasusila semasa berurusan dengan doktor itu. Doktor memeriksa Farish dan memberinya ubat antibiotik.

Ayat-ayat:
  1. Farish dan ibunya berjalan kaki untuk pergi ke poliklinik.
  2. Adik Farish, Fariza yang baru pulang dari kelas prasekolah turut mengikut mereka.
  3. Terdapat ramai orang di poliklinik itu.
  4. Dia membaca rencana mengenai seorang hartawan yang terkenal. 
  5. Beliau seorang dermawan yang banyak membantu golongan miskin. 
  6. Isterinya pula seorang karyawan berbakat yang gemar menghasilkan lukisan abstrak. 
  7. Ramai jutawan telah membeli hasil karya seninya yang cantik.
  8. Tidak lama kemudian, jururawat di kaunter memanggil nama Farish.
  9. Farish menjaga tatasusila semasa berurusan dengan doktor itu. 
  10. Doktor memeriksa Farish dan memberinya ubat antibiotik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email